-->

Tips sebelum membeli komputer riba / laptop

SHARE:


TIPS UNTUK ANDA BACA SEBELUM MEMBELI LAPTOP
bahasa yang digunakan adalah bahasa santai , 

Tips ini dari 
Mohamad Taufik Jabir, Salesman Komputer , Juruteknik Komputer Persendirian.

Jika kau hendak membeli sebuah laptop, ada beberapa perkara yang perlu kau titik beratkan sebelum kau membuat keputusan. Antaranya adalah:

1. Bajet
2. Keperluan / Penggunaan
3. Spesifikasi
4. Operating System
5. Brand
6. Anti-virus
7. Warranty

8. Baru atau Second Hand

1. TETAPKAN BAJET.
[post_ads]
gambar dari google images
Dalam apa juga pembelian, mesti kau akan berkira-kira dengan bajet. Betul tak? Sama jugalah dengan Laptop ini. Tetapkan bajet berapa ribu yang kau boleh spend untuk membeli sebuah laptop.

Sebab apa aku suruh kau letak bajet, nanti senanglah kawan-kawan kau yang pandai bab komputer atau salesman komputer ni bagi cadangan pada kau laptop apa yang sesuai berdasarkan bajet kau tadi.

Laptop ni satu investment jangka masa panjang, kau nak guna lama. Jadi, kalau kau dah tetapkan bajet tu, nasihat aku lebihkan sedikit wang tu. Kerana apa, kadangkala ada laptop yang spesifikasinya lebih bagus, kau hanya perlu tambah sedikit seratus dua macam tu. Tak ke rugi?

Tapi, kalau itu sahaja bajet kau yang kau ada, stick to the plan je la. At least matlamat kau nak beli laptop dengan bajet yang kau ada dah pun tercapai.

2. KEPERLUAN / KEGUNAAN LAPTOP.
gambar dari google images
Kebanyakan customer yang nak beli laptop dengan aku, aku akan tanya dahulu keperluan dia bagaimana. Maksud keperluan di sini adalah, dia nak beli laptop tu untuk kegunaan apa. Setakat ni, 4 kategori keperluan sahaja yang pernah aku jumpa:

i - Keperluan kerja-kerja pejabat
ii - Keperluan pelajar sekolah (ni budak-budak IPTA/S la ni biasanya)
iii - Keperluan gamers
iv- Keperluan designer

i. Jika keperluan itu hanya untuk kerja-kerja pejabat sahaja, spesifikasi laptop yang sederhana pun sudah memadai untuk dibeli. Tak perlu la nak beli yang spesifikasi tinggi sebab keperluannya hanya untuk kerja-kerja pejabat sahaja.

ii. Jika keperluan pelajar sekolah pula, biasanya aku akan bertanya dahulu dia ambil course apa di tempat dia belajar. Senang sikit aku bagi cadangan. Tapi biasalah, kalau pelajar ni mesti nak yang lagi UP. Cari laptop power-power. Lagi-lagi yang lelaki. Pasal waktu malam nak main Dota. Tak payah nak berselindung. Aku dulu pun pernah jadi pelajar juga. Kahkahkah.

iii. Untuk gamers, setiap keperluan dia berbeza-beza, seeloknya kau tanya terlebih dahulu dengan kawan-kawan kau yang kaki game, atau kau tanya kawan-kawan kau yang pandai bab komputer ni. Lepas kau dapat input dari mereka ini, cari pula maklumat dekat internet untuk cari model laptop yang sesuai.

Sekarang ni sudah banyak laptop yang khas untuk gaming. Kau boleh usha brand seperti Dell (Alienware), MSI, Razer, Lenovo, Acer (Predator) dan lain-lain. Asal duitnya cukup, boleh la beli.

iv. Bagi keperluan mereka yang menceburi bidang Desktop Publishing (Design) dan Multimedia ni aku nak sentuh sikit. Aku ni kadang-kadang kesian juga budak-budak yang ambil course design ni. Ya la, mereka ni tak tahu laptop apa yang sesuai untuk mereka guna.

Ni aku nak nasihat, kalau kau berkemampuan, aku sarankan kau beli la laptop Apple (Macbook Pro terutamanya). Sebab apa aku suruh kau beli laptop Apple adalah disebabkan Apple lebih lancar dan sedap untuk kau membuat design. Perisian seperti Adobe lebih ringan di Apple berbanding Windows. Kebanyakan designer menggunakan Apple. Kau tanyalah mereka sebabnya kenapa.

Walaubagaimanapun, bukanlah kau tak boleh buat design dekat laptop yang pakai Windows, boleh sahaja. Tak ada masalah. Cuma aku nak tekankan disini, carilah laptop yang mempunyai cip grafik seperti AMD Radeon atau nVidia GeForce. cip grafik ni membantu melancarkan lagi kau punya proses sewaktu kau mendesign. RAM dia pula, nak sedap buat design, sekurang-kurangnya mesti 8GB RAM.

Nak cari laptop baru dengan RAM 8GB ni memang sukar. Kalau ada pun harga dia boleh tahan mahal. Kau tak perlu risau, kau boleh beli laptop yang 4GB sahaja RAM dia. Lepas tu, kau beli RAM yang lebih besar, kau tambah atau kau tukar RAM sedia ada tu. Macam aku cakap tadi, kau tak perlu risau, kebanyakan laptop baru yang aku jumpa, masih lagi boleh untuk kau upgrade RAM nya.

3. SPESIFIKASI LAPTOP.
gambar dari google images
Untuk pengetahuan kau orang, laptop adalah komputer yang telah ditetapkan spesifikasinya oleh manufacture dia sendiri. Jadi, agak sukarlah kau nak upgrade spesikasi laptop kau. Macam mana spec yang kau beli, begitulah yang kau akan guna untuk tempoh beberapa tahun. Kalau boleh upgrade pun, RAM atau hard disknya sahaja.

Lain pula ceritanya kalau kau beli PC, itu kau boleh custom mengikut citarasa sendiri. Nak upgrade atau custom bila-bila masa sahaja ikut poket kau.

Bila kau lihat pricelist laptop, kau akan jumpa bermacam-macam jenis processor yang ada di pasaran. Antaranya:

List Intel Processor
* Core I7 Processor
* Core I5 Processor
* Core I3 Processor
* Core 2 Quad Processor
* Dual-Core Processor

List AMD Processor
* AMD Ryzen 7 
* AMD Ryzen 5
* AMD FX-9 Series
* AMD FX-8 Series

Kalau kau tanya aku apa beza semua processor ni, aku cuma boleh jawab “Performance.” Makin latest version sesebuah processor, makin power la performance dia. Untuk keterangan lanjut, kau boleh Google pasal processor ni nanti.

Untuk RAM pula, memandangkan sekarang ni kebanyakan laptop baru datang sekali dengan Windows 10, maka aku sarankan kau carilah laptop yang RAM nya berkapasiti 4GB ke atas. Itu minimum requirement tu. Windows 10 punya requirement RAM sahaja dah 2GB. minimum tau. Bayang la kalau laptop kau RAM dia 2GB sahaja. Allahu.. Tuhan sahaja tahu bagaimana lembab dia.

Oh ya. Pasal nak upgrade RAM ni kau tak perlu risau sangat, kebanyakan laptop baru yang aku jumpa, masih lagi boleh untuk kau upgrade RAM nya. Jadi, tak ada masalah sangat. Kau boleh upgrade RAM kau kepada kapasiti yang lebih besar dikemudian hari.

Aku hampir lupa nak sebut pasal Grafik Kad di sini. Untuk Grafik Kad pula, aku tak nak hurai panjang disini sebab grafik kad ini ada kelas-kelas dia yang tersendiri. Aku listkan serba sikit grafik kad mengikut kelas-kelas nya:

List Grafik Kad High-End
- NVIDIA GeForce GTX 1080
- NVIDIA GeForce GTX 980
- NVIDIA Quadro P5200
- NVIDIA GeForce GTX 1070

List Grafik Kad Mid-Range
- AMD Radeon R9
- NVIDIA Quadro M3000M
- NVIDIA GeForce GTX 1050

List Grafik Kad Low-Midrange
- AMD Radeon R9 M375
- AMD Radeon 500 Series
- NVIDIA Quadro M600M
- NVIDIA GeForce GT 650M
- NVIDIA Quadro K620M
- NVIDIA GeForce 840M

Sebenarnya, ada banyak lagi senarai Grafik Kad ni, kalau aku salin semua, panjang pula nanti. Cuma, cukup untuk aku beritahu di sini, setiap kelas grafik kad itu mempunyai prestasi yang berbeza-beza.

Bagi yang buat kerja heavy duty seperti Editing Video, Render After Effect, Gaming dengan FPS yang tinggi, dan sebagainya kau boleh la tengok laptop yang mempunyai grafik kad seperti GTX1080 ke, 1070 ke. seumpama dengan dia. Grafik kad begini, dia berada di kelas 1 iaitu Grafik Kad High End.

Untuk yang sedang-sedang pula, macam kerja editing gambar ke, buat design guna Adobe Photoshop atau Illustrator, boleh la tengok laptop yang mempunyai Middle Range Grafik kad dan Low Midrange Grafik Kad.

Makin power sesuatu Grafik kad tu, makin mahal la harga laptopnya.

4. SISTEM OPERASI / OPERATING SYSTEM (OS).
gambar dari google images

Kebanyakan laptop sekarang di datangkan dengan Windows terkini iaitu Windows 10. Jadi, kalau kau beli yang sudah siap dengan OS, balik dah boleh guna laptop tu. Tak perlu nak pening kepala nak install OS apa.

Namun, ada juga laptop baharu yang tidak mempunyai OS (disebut DOS). Harganya murah sedikit berbanding yang ada OS. Cumanya di sini, lepas kau beli laptop, kau boleh decide OS apa yang kau nak install dekat laptop kau tadi.

Jika kau ingin install OS selain Windows 10, contohnya Windows 7, aku sarankan kau check terlebih dahulu di laman web brand laptop tersebut untuk mendapatkan info mengenai Driver laptop Windows 7. Seandainya laptop tersebut ada Driver untuk Windows 7. Boleh la kau install. Jika tidak support, jangan peningkan kepala. Install je latest OS seperti Windows 10.

5. BRAND LAPTOP.
gambar dari google images
Okay, yang ni aku kena juga sentuh kerana ada orang suka membandingkan brand-brand tertentu untuk laptop ini. Brand A lebih bagus la, Brand B cepat rosak la. Aduh. Susah benar jika jumpa orang begini.

Beginilah, barang elektronik ini adalah sesuatu barang yang kita tak boleh nak jangka. Ada orang guna boleh bertahan​ sehingga 10 tahun. Ada yang guna setahun, dah rosak macam-macam.

Aku yang Juruteknik Komputer ni pun tak tahu macam mana nak cakap pasal benda ni. Cuma yang aku boleh katakan, setiap brand ni ada pro and cons dia. Jadi, kau buatlah penilaian berdasarkan survey.

Survey ni termasuklah tanya orang yang lebih tahu bab-bab IT ini, tengok review dekat internet dan sebagainya. Aku tak nak jadi buyers dekat sini.

6. KEPERLUAN ANTI-VIRUS.
gambar dari google images
Benda ini optional sebenarnya. Tapi aku kena juga sebut kerana sekarang ini tular di media sosial berkenaan virus Ransomware​. Ramai yang telah menjadi mangsa kepada virus ini. Sebolehnya, aku nak kau orang terhindar daripada virus ini.

kalau kau nak baca berkenaan virus Ransomware ini, aku sertakan link di komen pertama.
Laptop baru jarang di datangkan dengan Anti-virus. Jika ada pun, ianya seperti MacAfee ataupun Windows Defender. Ianya tidak cukup untuk protect laptop kau dari ancaman virus.

Jika kau ada bajet sedikit, belilah anti-virus yang berbayar. Bukan apa, untuk laptop protection. Hargapun tak ada la mahal untuk 1 user, bawah RM100 sahaja untuk setahun. Jadi, apa salahnya spend duit sikit untuk protection sebegini.

Tapi, jika kau under bajet, gunakan la anti-virus yang percuma untuk sementara. Jangan tak ada anti-virus langsung. Bila tak ada Anti-Virus ni, kau sebenarnya merisiko kan laptop kau kepada ancaman virus.

7. EXTENDED WARRANTY PROGRAM

gambar dari google images
Tahun ini aku baru dapat tahu bahawa, ada sesetengah kedai yang menjual laptop ada program Extended Warranty dengan kadar bayaran tertentu.

Extended Warranty ini bermaksud, memanjangkan lagi la tempoh warranty laptop tersebut. Jika kau perihatin berkenaan dengan warranty ini, boleh la tanya-tanya dekat salesman laptop berkenaan Extended Warranty Program ini. Kalau berminat, boleh ambil. Tapi kalau under bajet, terima je la berapa tahun yang diberikan oleh kedai dan Manufacture.

8. NAK BELI BARU ATAU SECOND HAND ATAU REFURBISH
gambar dari google images
Disebabkan sekarang kita hidup dizaman yang serba mahal, kos sara hidup pun tinggi, aku faham jika ada dikalangan kau orang yang tidak mampu untuk membeli laptop baru.

Jika kau mempunyai bajet yang kecil, kau juga boleh consider untuk lihat komputer Second Hand. Komputer Second Hand/Refurbish ini juga boleh digunakan. Tips dia sama seperti kau beli laptop baharu.

Cuma, untuk warranty, ada kedai beri 1-3 bulan warranty bergantung laptop yang ada. Di sini kau perlu berfikir panjang sedikit.

Seeloknya, sebelum kau beli laptop second hand atau refurbish ini, kau bawalah kawan yang pandai bab komputer untuk beli laptop bersama kau. Pilih la laptop mana yang berkenan lepas tu cuba on dan try sendiri laptop tersebut.

Sekiranya kau ada pertanyaan, tanya sahaja soalan kau itu pada Salesman komputer ini. InshaaAllah mereka akan jawab sedaya upaya mereka.

Satu kelebihan bila kau beli laptop second hand atau refurbish ini, kau boleh cuba terlebih dahulu laptop tersebut. Tengok isi dalam, spesifikasi semua. Lepas kau berpuas hati, boleh la beli dengan hati yang tenang.

Aku dah terangkan serba ringkas info sebelum kau beli laptop, Apapun keputusan kau, pastikan kau dapatkan maklumat berkaitan terlebih dahulu daripada juruteknik komputer, kawan-kawan kau yang pandai bab komputer ataupun Salesman IT agar mudah kau nak buat keputusan nanti. Mereka ni hanya bagi cadangan sahaja pada kau, keputusan untuk membeli ditangan kau. gunakanlah sebaiknya.

Artikel kali ni agak panjang berbanding artikel asal. Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini sehingga habis.

Jika kau rasa artikel ini bermanfaat, kongsikanlah untuk pembacaan bersama.

COMMENTS

Nama

Agama,8,Aktiviti DSV,1,Buku Program,19,Doa,5,Doodle,8,DSKP,6,Frame,9,Hias Kelas,12,Lain-Lain,33,Mewarna,4,Muka Depan Fail,7,PdPc,1,Poster Cuti,29,soalan,4,Template,3,Tutorial,6,Tutorial IT,3,Video,2,
ltr
item
KOLEKSI GRAFIK UNTUK GURU: Tips sebelum membeli komputer riba / laptop
Tips sebelum membeli komputer riba / laptop
tips memilih laptop, tips membeli laptop , cara beli laptop , tips pilih laptop games, tips pilih laptop design , tips pilih laptop kerja,
https://2.bp.blogspot.com/-Y2vhZLDGbOg/WdhePu6cZmI/AAAAAAAADNI/qdgSPUV-qX0bNBGaY0HW1KkutsSS0-nNgCLcBGAs/s1600/tips%2Bmemilih%2Bkomputer%2Briba%2Batau%2Bleptop%2B%252C%2BTIPS%2BPILIH%2BBELI%2BLAPTOP.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-Y2vhZLDGbOg/WdhePu6cZmI/AAAAAAAADNI/qdgSPUV-qX0bNBGaY0HW1KkutsSS0-nNgCLcBGAs/s72-c/tips%2Bmemilih%2Bkomputer%2Briba%2Batau%2Bleptop%2B%252C%2BTIPS%2BPILIH%2BBELI%2BLAPTOP.jpg
KOLEKSI GRAFIK UNTUK GURU
http://www.cikgugrafik.com/2017/10/tips-sebelum-membeli-komputer-riba.html
http://www.cikgugrafik.com/
http://www.cikgugrafik.com/
http://www.cikgugrafik.com/2017/10/tips-sebelum-membeli-komputer-riba.html
true
5363507706093546458
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All CADANGAN UNTUK ANDA LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy

Adblock Detected

Like this blog? Keep us running by whitelisting this blog in your ad blocker

This is how to whitelisting this blog in your ad blocker

Thank you

×