Tema Hari Guru 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

SHARE:

TEMA HARI GURU 2020 - BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU - DEFINISI HARI GURU - LOGO HARI GURU 2020

  • [message]
    • TEMA HARI GURU 2020

      • BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU
Tema Sambutan Hari Guru 2020 menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sesuai dengan norma baharu, KPM telah menyediakan sebuah video pendek sebagai pengganti pelancaran tema Hari Guru yang sebelum ini dibuat secara gerakan massa.


  • [message]
    • HURAIAN DAN DEFINISI TEMA HARI GURU 2020
      • Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

        Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.

        Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.

        Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.

        KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu’ ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut iimu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

  • [message]
    • LOGO HARI GURU 2020
      • Akan dikemaskini ( jika ada )
  • [message]
    • SENARAI TEMA HARI GURU DARI 2000 - KINI
      • 2020: Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu
        2019: Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
        2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
        2016/ 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa
        2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
        2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
        2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
        2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
        2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
        2010 Guru Pembina Negara Bangsa
        2009 Guru Pembina Negara Bangsa
        2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
        2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
        2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
        2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
        2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
        2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
        2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
        2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
        2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

COMMENTS

BLOGGER: 1

Nama

Agama,8,Aktiviti DSV,4,Buku Program,38,Doa,5,Doodle,8,DSKP,6,Frame,9,Hias Kelas,12,Lain-Lain,45,Mewarna,6,Muka Depan Fail,8,Nota PdPc,4,PdPc,8,Poster Cuti,33,PREMIUM,4,RPH,4,RPM,2,soalan,4,Template,13,Tutorial,7,Tutorial IT,3,Video,2,
ltr
item
KOLEKSI GRAFIK UNTUK GURU: Tema Hari Guru 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
Tema Hari Guru 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
https://1.bp.blogspot.com/-WqcxQi9aCSE/Xrr6p0Vjv5I/AAAAAAAAF5w/H5AdN5AlZ3wBPaVt5pWbI3YR-WPxrlf0ACK4BGAsYHg/d/TEMA%2BHARI%2BGURU%2B2020%2B-%2BBERGURU%2BDEMI%2BILMU%252C%2BBINA%2BGENERASI%2BBAHARU%2B-%2BDEFINISI%2BHARI%2BGURU%2B-%2BLOGO%2BHARI%2BGURU%2B2020.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-WqcxQi9aCSE/Xrr6p0Vjv5I/AAAAAAAAF5w/H5AdN5AlZ3wBPaVt5pWbI3YR-WPxrlf0ACK4BGAsYHg/s72-c-d/TEMA%2BHARI%2BGURU%2B2020%2B-%2BBERGURU%2BDEMI%2BILMU%252C%2BBINA%2BGENERASI%2BBAHARU%2B-%2BDEFINISI%2BHARI%2BGURU%2B-%2BLOGO%2BHARI%2BGURU%2B2020.jpg
KOLEKSI GRAFIK UNTUK GURU
https://www.cikgugrafik.com/2020/05/Tema-definisi-hari-guru-2020.html
https://www.cikgugrafik.com/
https://www.cikgugrafik.com/
https://www.cikgugrafik.com/2020/05/Tema-definisi-hari-guru-2020.html
true
5363507706093546458
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All CADANGAN UNTUK ANDA LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content